...tentang rejab...

Hari ini ialah 25 jun bersamaan 2 rejab.aku selalu dengar dan bace yg puasa di bulan rejab ni banyak kelebihannya.ade plak tu certain hari2 dalam bulan rejab yang kalau kita puasa dapat la pahala begitu dan begini.tapi pencarian aku semalam menemukan pada jawapan ini .Mengejutkan! hadis yang selama ini dibaca oleh ustaz2 mahupun tok2 guru yang penah aku dengar adalah hadis palsu dan memang tak boleh dipercayai langsung.Ia bersifat dhaif dan sememangnya hadis dhaif ini amat lemah dan langsung tidak boleh dijadikan hujah. bahkan ia juga merupakan satu fitnah terhadap Nabi sebab Baginda langsung tidak pernah menyatakan hadis tersebut mahupun memperakuinya.

Aku rase macam tak adil je kalau aku membuat satu penilaian berdasarkan satu sumber je.so aku pon search la kat google cari artikel2 berkaitan dengan puasa di bulan rejab.kebanyakan yang aku jumpe semuanya menyatakan memang kebanyakan hadis pasal kelebihan puasa di bulan rejab adalah palsu.tak ada satu pun yang diperakui sah.Nabi sendiri tak penah menekankan untuk berpuasa di bulan rejab.ia bukanlah menjadi satu perkara sunat.

tapi,apa yang memang disepakati para ulama ialah Nabi memang berpuasa selama 3 hari pada setiap bulan.itu memang perkara sunah dan boleh la kita umatNya jadikannya sebagai satu amalan.dari apa yang aku baca,nabi hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan.malah,puasa isnin dan khamis juga bukanlah satu sunah nabi sebab nabi ade jugak meninggalkan puasa pada hari tersebut.

dalam tafsir sheikh muhammad ali as-sobuni pun ade menjelaskan tentang masalah 'adakah dibolehkan berpuasa pada bulan sebelum Ramadhan".kebanyakan ahli tafsir menjelaskan yang nabi berpuasa 3 hari setiap bulan.Baginda tidaklah berpuasa penuh pd setiap bulan selain ramadhan.Dan Baginda berpuasa pada hari Ashura.

Ditambah lagi dari pembacaan aku,bulan Rejab adalah bulan yang dilarang berperang melainkan is dimulakan oleh pihak satu lagi. Ia adalah bulan yang dimuliakan Allah. kita boleh nak puasa pada bulan rejab ni tapi jangan la terlalu taksub nak dapatkan ganjaran macam ni macam tu.Contohilah nabi dalam setiap amalan kita. Bulan rejab ni jugak umat Islam digalakkan agar tidak melakukan dosa.Bukanlah bermaksud bulan lain kite boleh wat dosa sesuka hati.sendiri2 la ingat.

ini ade beberapa link yang aku bace pasal puasa rejab:
1 2 3 4 5

tulisan ini adalah rumusan yang aku buat berdasarkan pembacaan aku.kalau ada salah silap dalam mentafsir bacaan2 itu haraplah ditegur.wallahualam..

...res ipsa liquiotor 3...

gambar2 sepanjang kenduri kat kelantan 5 jun 2009


gamba2 kenduri kat pengkalan hulu 13 jun 2009


--------------------------------------------
selesai dah aku mengupload gambo2 kawen abang.diharap kawan2 yang mintak nak tengok gamba2 ni berpuas ati.aku malas dah nak upload banyak2..bosan ar..(^-^)

...res ipsa liqiutor 2...

gambar2 menunjukkan situasi yang berlaku di masjid setelah akad nikah berjalan dengan lancar.alhamdulillah satu lafaz sahaja abang sudah pon bernikah.che pon dah pesan nak kawen sekali je lafaz.malu kat orang ja cucu dia tergagap2 nak akad.dah beria2 nak kawen,mesti lancar sumenya..hehehe..once again,sila abaikan gamba2 org yang tak penting pon.tumpukan perhatian dan minda anda pada sang pengantin baru..(^-^)

-sudah lancar segalanya.alhamdulillah..(see see kerongsang biru kat songkok tuh,aku yg pakaikan.gedabak besau!!)

-bacaan taklid.bukan tahlil la.."bahawanya saya sekiranya meninggalkan isteri selama 3 bulan bla bla bla bla,maka jatuhlah talak 1"...

-bacaan doa selamat."kau milikku ku milikmu"..erkkk...

-eh eh,mane gambo pengantin nih???tuh..ada kat belakang tuh.kecik je terselit..hehe..yang kat depan tuh tengah layan feeling..ohoho..layan kan je la weh...sadis la tuh konon!!!

-sesi bersalam2an..yang pakai tudung putih tuh tok aku.mak kepada umi..memerhati penuh senyuman syimpul..


-jeng jeng..perkenalkan kakak iparku!!sesi menyarung cincin aka pembatalan air sembahyang..2-2 menang cincin..


-abang aku pulok disarungkan cincin oleh bininya..(pesal la cik kak tudung biru tuh asek terselit?eh,itu kan kakak kepada kakak ipar aku.!kire kakak aku jugek la)

-takde sape nak ajar abang aku cara mencium dahi bini secara bermoral.sekali die bedal pekup pipi 2-2 belah..hahaha.cincai je la.janji halalan thoyyibah..

-ini munawwar dan nasiha.2-2 adik beradik aku...dunia akhirat....(^-^)
__________________________________


-weh,ni pehal over nih???hokeh hokeh..dah dah..takyah nak over2 sangat eh!!!



...res ipsa liquiotor 1...

watak utama: abang yang masih lagi bujang.kejap je lagi tuh dah jadi suami.
lokasi: chalet pantai sri tujuh,tumpat kelantan.
watak sampingan: sila abaikan buat sementara waktu.

Maka,abang dah pon sempurnakan separuh dari agama Islam.selebihnya,bertaqwalah kepada Allah.berdoalah bersungguh2 supaya diampuni dosa2 yang lalu dan juga akan datang.semoga rumahtangga yang dibina mendapat rahmat dan berkat dari Ilahi....

...rambu ramba...

perkara 1

->liputan internet kat rumah tak berapa bagus.modem lame asek dc je.alhamdulillah sekarang dah tukar modem wireless.boleh bertenet di rumah tak kira di mana berada.di dapur,dalam bilik,mahupun dalam toilet.(^-^)..melepaskan gian sebab dah lame tak jumpe pokcik Yahoo,tok wan Google,Encik YM,dan yang paling penting si hensem Bloggger....lepas ni boleh bertenet sepuas hati...

perkara 2
->problem takde internet kat umah memang bersesuaian dengan masa dan ketika.masing2 sibuk uruskan majlis perkahwinan abang.mana la tak sibuk, persiapan perkahwinan pon dibuat last minit.rase2nya tak sampai 2 bulan pon.nak pikir pasal kad jemputan,katering,baju,hantaran,siap2 umah lagi,macam2 la..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ade beberapa masalah teknikal yang berbangkit..terima kasih atas doa kalian supaya dipermudahkan urusan penyatuan 2 hati itu..

perkara 3
->pengumuman yang sangat penting akan dibuat sekarang!!dengan ini telah sah dan rasmi bahawa aku sudah punyai sorang kakak!!!boleh la bergosip2 remaja dengan kakak mahupun berkongsi citarasa...
___________________________________________________________


: remi rase umi dah tak perlukan anak lelaki.umi dah ramai anak lelaki pon.umi cume perlukan anak pompuan je skang...



: ala....aku pon nak kawen!!!!!

...hari ni kiut...

ada dua peristiwa comel yang berlaku pada aku kat umah tok tadi.

--->jam 1.30 tengah hari (pegi umah tok sebab tok kol suruh amik gulai ikan..sodap!!)
sampai je umah,tok dan wan sedang mengopek buah durian.berlaku perbualan yang comel antara aku dan wan.

aku: mane dapat durian ni tok?
wan: durian belakang umah ler.wan pi petik atas pokok
tok: aah.durian pokok kite la
aku: wah,cakap dulu takde buah lagi.ajaib ni tibe2 dah ade buah
tok: ish,ni durian pomen bagi la
aku: patut la(dalam ati sambil tersengih2 malu)

---> jam 6.30 petang (pegi umah tok lagi cari tempat bergosip petang2)

wan: ang nak makan dodol amik atas meja tuh
aku: wan bile kat mane nih?
tok: beli kat pekan kamis tadi pagi
wan: tok ang yang kacau dodol tu tadi
aku: lor,pasai pa pi kacau lagi sekali.cair ke dodol tu tok??
tok: (memandang aku tanpa kelip mata)

kesimpulannya: wan selalu kenakan aku tanpa disedari.boley plak beliau buat muka selamba je..tup tup bile dah sedar aku dikenabebkan,aku jadi malu giler..aku ni lurus bendul agaknya.senang je pecaya ape orang cakap.huhuhu..

...jari jari menari ria...





Disebabkan aku duduk umah ni asyik la bergoyang kaki dan bersuka ria,maka aku telah mengambil satu inisiatif untuk mengkreatifkan minda dan meruncingkan jari jemari.YA!!membuat hiasan pada bakul2 yang akan berguna satu hari nanti.semuanya berwarna hijau..cantik jugak rupenya warna hijau ni..sejuk mata memandang..ada 2 pilihan warna either hijau atau coklat keemasan.tapi umi dan abang sepakat memilih hijau,hijau lah jadinya.takpe la,keistimewaan akan diberi kepada tuan empunya diri.sekali seumur hidup untuk dia merasa.seharusnya aku memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi dengan pilihan abang.heheheh..semoga kalian menyelitkan sedikit dalam doa ketika solat untuk permudahkan 2 hamba Allah mendirikan masjid yang berkekalan sampai syurga..Aminnnn.....

...b O s A n...

antara perkara yang menakutkan aku ialah menghadapi saat2 keBOSANan!!serius,aku paling tak suka bila menghidap sidrom bosan.rase macam tak bermakna je hidup aku nih tak boleh buat ape2..bosan ni macam aku takde keje nak buat..ala2 kesepian la nih..dah la kat umah aku sorang2..semua orang keluar bekerja.aku je malas nak keja..huhuuhu

petang2 plak takde kawan nak ajak bermain mahupun bergosip.nasib baik la ade budak2 kecik dok main badminton.boleh la aku tolong jadi tukang sorak sambil bergelak ketawa tgk telatah diorang..lawan2 cakap ngan diorang pon best..kalo diorang panggil aku budak gemuk,aku balas la balik 'ang budak kecik'..(^-^)

hidup aku ni asyik dilanda kebosanan je.kalo ade orang tanya aku apekah saat yang paling bermakna dalam hidup aku,aku pon tak tau nak jawab ape.sebab aku ni asek2 bosan je..aku sedang mencari apakah terapi untuk merawat kebosanan ini.macam umi,kalo beliau bosan , kolam ikan tu la tmpt menghilangkan kebosanan.sambil bagi makan ikan,sambil menonton ikan melompat2..

abah pulak,terapi kebosanan beliau.....mmmmm...jap nak pikir..aku pon tak tau bile agaknya abah bosan..macam okey je tengok abah..tak pandai membosankan diri macam aku kot..steady je even beliau dah pencen..pagi2 kuar joging..tgh ari sikit kuar jumpe kawan2..ptg2 sikit kalo takde ape2 hal dok umah tido.tak pon kuar joging lagi..takpe la..abah kan dah berumur,perlu rehat yang secukupnya..

--->wahai adinda2 ku: segeralah pulang ke teratak bonda dan ayahanda..kakanda rase begitu bosan meniti hari2 sendirian..